Wednesday, 22 April 2015

TENTANG CYPREME



APAKAH CYPREME

- Cypreme adalah penawar modem untuk menyembuhkan penyakit Gout dan paras asid urik di dalam badan.

KANDUNGAN CYPREME

- Air zam-zam.
- Zeolite.
- Amber/Getah pokok pine.
- Garam mineral.


KELEBIHAN SETIAP KANDUNGAN CYPREME

1) Air zam-zam
-Air zam-zam adalah air yang terbaik di dunia dan tidak ada sesiapa yang boleh meragui akan kebaikannya, innsya Allah.

2) Zeolite
- Zeolite ini digunakan untuk menghaluskan molekul-molekul cecair Cypreme supaya lebih halus dan ianya cepat untuk proses pemulihan. Di samping itu, Zeolite juga digunakan untuk menarik kuman, toxin dan membuangnya semasa pembuangan air besar/kecil.

3) Amber/Getah pokok pine 
- Seorang saintis masyur yang pernah memenangi hadiah Novel, iaitu Dr Henri Coanda telah mendakwa ada lima tempat di dunia di mana penduduknya merekodkan purata umur terpanjang dan salah satunya ialah suku kaum di Lembah Hunza di Banjaran Karakoram, Pakistan.

Kawasan pergunungan Lembah Hunza banyak dikelilingi pokok Pine Cypress. Namun, apakah hubung kait pokok ini usia panjang Kaum Hunza? Persoalan demi persoalan terus bermain sehinggalah ia berjaya dirungkai saintis Dan ulama islam selama lebih 50 tahun.

Rahsia usia panjang Kaum Hunza sebenarnya datang dari kawasan mereka sendiri. Kaum Hunza mendapat sumber air utama dari telaga dan mata Air Glasier. Akar dari Pokok Pine Cypress dan getah menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka. Kadangkala ada daun dan buah Pokok Pine Cypress jatuh dan menjadi sebati dalam sumber air utama Kaum Hunza.

Pokok Pine Cypress dikatakan memiliki keupayaan luar biasa berikutan memiliki ciri-ciri Anti Virus, Kuman dan Depresif. Ia dikatakan mampu melegakan kesihatan dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik.


4) Garam Mineral
- Sambungan kepada cerita tentang Kaum Hunza, mereka sebenarnya mengamalkan diet dalam minuman dan perubatan mereka dengan menggabungkan penggunaan air telaga yang bercampur dengan Pine Cypress dan Garam Kristal. Hal ini menjadikan air bertenaga dan hidup.

Malah Dr Coanda (seorang pakar perubatan) pernah menyatakan mineral dan garam adalah elemen penting yang ada di lembah Hunza. Ini adalah rahsia yang tidak pernah didedahkan olehnya kepada khalayak.

Kedua-duanya adalah mukjizat daripada Nabi.


“Nabi Muhammad SAW Pernah Bersabda Dengan Memakan Secubit Garam Akan Dapat Menghindarkan 330 Jenis Penyakit. Islam Sebenarnya Sudah Menemui Teori Perubatan Yang Hebat Tetapi Dimanipulasikan Oleh Barat,”

No comments:

Post a Comment