Saturday, 25 April 2015

KHASIAT BUAH DELIMA


DELIMA

1) Buah DELIMA mengandungi zat besi, kalsium, folforus, dan vitamin.

- Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani telah menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing.Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2) Mempunyai khasiat ANTI-RADANG.

- Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Malah buasir juga boleh dirawat dengan memakan buah delima ini. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu pada bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3) Mengandungi ANTIOKSIDAN

- Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua kali lebih tinggi daripada anggur merah. Fungsi antioksidan adalah untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung.

4) Menurunkan kadar KOLESTEROL

- Menurut kajian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus.

5) Melindungi HATI dan GINJAL

- Ekstrak buah delima dapat dapat mencegah kerosakan ginjal dan melindungi ginjal daripada racun berbahaya. Di samping itu, delima juga melindungi hati anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.

No comments:

Post a Comment