Penyakit Gout merupakan satu bentuk artritis yang
diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urid pada sendi-sendi. Penyakit ini
khususnya menyerang dan menjejaskan satu sendi iaitu ibu jari kaki dan ianya
amat menyakitkan.
Pesakit akan mengalami peningkatan aras asid urik atau
masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Kebiasaanya,
asid urik yang tinggi disebabkan oleh faktor usia, obesiti, kencing manis dan darah
tinggi.
TANDA PENYAKIT GOUT
- Demam gred rendah.
- Hablur-hablur dalam sendi yang menyebabkan sakit keterlaluan sekiranya kawasan yang terjejas digerakkan.
- Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
- Gout biasanya menyerang ibu jari kaki dan juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
- Gout juga terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Elakkan makanan
berikut
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Kembung, Ikan bilis, sardin
- Daging cincang
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
Kurangkan Makan makanan berikut
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Roti jagung dan bijirin
- Peanuts, lentil, beans dan peas

No comments:
Post a Comment