Wednesday, 29 April 2015

CARA MAKAN YANG SIHAT



TIPS


> Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

> Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

> Elakkan makan di tengah malam.

> Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

> Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

> Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan berbanding menggunakan sudu.

> Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.Elakkan daripada minum ais supaya perut tidak mudah buncit.

> Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam.

> Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan.

> Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.

> Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dpt mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

No comments:

Post a Comment