Monday, 20 April 2015

LANGKAH-LANGKAH AWAL PENCEGAHAN GOUT

1) Mengawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan.
 Hal ini kerana penyakit gout akan lebih cepat dirawat dengan menjaga pemakanan terlebih dahulu. Hal ini bermaksud bukan untuk menyuruh pesakit berpantang tetapi pengambilannya mestilah dikurangkan. sebaliknya menggantikan sumber protein dengan tumbuh-tumbuhan.






2) Mengawal berat badan.
Kegemukan akan menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jadi langkah yang perlu diambil adalah dengan menjaga berat badan anda. Jadi mulalah dengan bersenam dan makan makanan yang dapat mengurangkan berat badan anda.







3) Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas atau satu bir saja sehari. Hal ini kerana alkohol dapat meningkatkan paras asid urik di dalam badan kita.



4) Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Jangan risau dan rasa malas untuk berulang-alik ke tandas kerana itu adalah petanda yang baik untuk badan kita. semakin kerang anda ke tandas, semakin banyak asid urik akan dibuang.



5) Ambil karbohidrat kompleks. 
Mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.


No comments:

Post a Comment