1) BerSenam Setiap HARI
Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit
kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan
berat badan. Berat badan unggul bukan sahaja penting untuk kesihatan,
tetapi juga penting untuk keyakinan diri.
2) Tingkatkan sistem penghadaman
System penghadaman yang kurang baik menyebabkan khasiat makanan tidak
dapat diserap untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. Tanda-tanda sistem
penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan
kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya
tumpuan, kemurungan dan perut kembung.
3) Selaraskan pH tubuh
Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH
7.35-7.45. apabila badan kita menjadi semakin bertoksid, nilai pH
tersebut menurun dan menunjukkan keadaan berasid. Kesan sampingan badan
berasid adalah keletihan, ingatan lemah, sakit-sakit badan, sukar tidur,
sembelit, organ tidak berfungsi dengan baik dan kadar metabolism yang
rendah. Lebih buruk lagi, sel-sel kanser lebih mudah membiak dan hidup
dalam keadaan badan yang berasid.
4) Banyakkan minum air
Fungsi air adalah nenyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada
organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta
melindungi sendi dan organ. Tanda-tanda kekurangan air adalah seperti
berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit bahagian belakang, sakit
kepala dan sembelit. Kita perlu minum sekurang-kurang 2 liter air sehari
bergantung kepada aktiviti, keadaan cuaca, berat badan dan tahap
kesihatan kita.
5) Pengurusan stress
Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan
menjadikan stress begitu sinonim dengan kehidupan sekarang. Stress
bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat langsung dalam kehidupan kerana
sedikit stress adalah penting untuk mendorong kita melakukan yang
terbaik dan juga mengembangkan potensi diri. Namun, pastikan stress
berada pada tahap yang terkawal kerana stres yang melampau boleh
menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.
6) Tabiat makan yang baik
Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang seperti pepatah
Inggeris yang berbunyi “We are what we eat.” Amalkan cara makan yang
sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan
dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.
7) Jaga jadual tidur
Tidur yang cukup adalah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood
seseorang. Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas
dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur
walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu.
8) Hubungan intim suami isteri
Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk
kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang.
Rumahtangga yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang
cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan spiritual
seseorang.

No comments:
Post a Comment