Risiko
Kehamilan biasanya dikaitkan dengan berat badan
berlebihan atau obes termasuk kencing manis, darah tinggi yang diakibatkan oleh
kehamilan, pra-eklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).
Apabila tiba
masa untuk bersalin, BMI yang tinggi akan menyebabkan anda berkemungkinan
untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean
dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa
dilahirkan). Para penyelidik telah mengkaji dn mengaitkan obesiti dengan pertambahan
risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain
termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Walaupun begitu,
risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil.
Kebanyakan
masalah dan situasi kesihatan tersebut boleh diselessaikan, dan dalam kes-kes
tertentu boleh dielakkan. Anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan
boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa sebarang masalah.
Kebanyakan wanita bersaiz besar menjalani kehamilan dan melahirkan bayi secara
normal.
Masalahnya ialah anda patut cuba mengurangkan berat badan sebelum hamil untuk mengelakkan masalah dan penyakit yang tidak diingini. Tetapi jika anda
sudah pun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan
bayi anda dengan pelbagai kaedah yang lain.
Sebagai contoh cara yang
terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan diet yang sihat,
kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.
Berdiet
Berdiet
untuk menguruskan badan semasa hamil bukanlah langkah yang baik. Malah, kajian
menunjukkan terdapatnya kaitan antara berdiet semasa tiga bulan pertama
kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira
bagaimana saiz si ibu. Langkah terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda
dan bayi adalah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan
makanan yang kaya dengan lemak dan gula.
Malah, senaman yang
kerap semasa hamil adalah langkah yang baik untuk membantu badan anda menghadapi
kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran. Ia merupakan salah satu cara yang
paling berkesan untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan
dengan diet yang sihat dan boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang
besar.
Tetapi jika
anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukan masa yang terbaik untuk
memulakan satu permulaan senaman yang berat. Melainkan anda mendapat kebenaran
doktor terlebih dahulu, anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana. Lakukan
aktiviti-aktiviti bersituasi rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman
haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak
air.
Selain itu, penting juga
bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah
anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis? dan adakah dalam
sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu
faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk
mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.

No comments:
Post a Comment