Tuesday, 14 April 2015

CARA MENJAGA KESIHATAN


Kesihatan yang baik adalah anugerah dari Allah s.w.t yang tidak ternilai buat setiap manusia dan nikmat itu haruslah dijaga sebaik mungkin sebelum ianya dicemari dengan pelbagai penyakit yang tidak diingini.

Pelbagai cara yang boleh kita amalkan untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, melalui gaya hidup sihat selalu akan memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya, dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap, kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.

Senaman yang mudah untuk diamalkan adalah seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari akan memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.

 Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Disamping itu juga, amalan gaya hidup yang sihat juga dapat menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.

Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, kita akan dapat mengelakkan diri daripada terdedah kepada penyakit berbahaya. Terutamanya penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering terjadi kepada mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup ang sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.
Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya mementingkan penjagaan kesihatan diri. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan seharusnya dititikberatkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment