Tuesday, 14 April 2015

APA YANG ANDA TAHU TENTANG SENDI




Sendi merupakan hubungan antara tulang dengan tulang yang lain sehingga tulang dapat digerakkan. Artartulang bermaksud hubungan bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu, dan juga disebut persendian dan artikulasi. Antartulang dalam tubuh berhubungan satu dengan yang lain agar dapat melakukan fungsinya dengan baik. Hubungan antartulang disebut persendian dan artikulasi.


Sendi biasanya berlaku pada lutut. Ini kerana lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan. Antara penyakit yang selalu disebut-sebut berkaitan dengan sendi ialah arthritis. Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sakit sendi. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka. Pelbagai faktor utama yang boleh menyebabkan sakit sendi. Malah ia juga melibatkan sendi pada tisu ligamen dan tisu otot. Penyakit ini jika dibiarkan terlalu lama akan memberikan kesan kepada tulang-tulang di sendi tanpa anda ketahui. Antara sendi yang kerap terlibat adalah lutut, bahu, siku, pinggang dan tumit kaki serta pergelangan tangan.

Jika tidak diketahui lebih awal, doktor hanya mampu memberikan ubat–ubat penahan sakit sahaja untuk menahan rasa itu. Kekenduran ligamen yang mengikat sendi inilah yang menyebabkan sendi tidak diikat dengan kuat dan sentiasa bergoyang dan akhirnya setelah beberapa tahun terjadilah keadaan yang dipanggil Osteoarthritis (OA). (OA) ialah suatu proses degeneratif/penuaan/aus iaitu proses kronik yang dikenal pasti dengan kerosakan pada rawan sendi. Seperti diketahui tulang rawan sendi adalah bagian dari bantalan/shock absorber (selain meniscus dan cairan sinovial) yang berfungsi menyerap benturan dan memudahkan pergerakan sebuah sendi.

Ramai yang tidak tahu bahawa untuk merawat kesakitan pada sendi bukanlah dengan sekadar mengambil ubat atau menjalani pembedahan. Malah apa yang lebih penting ialah bagaimana pesakit itu menerima keadaan tersebut dan cuba menjalani kehidupan seperti biasa. Adakah anda sering sakit pada sendi pinggul setiap kali duduk dalam tempoh yang lama, tidur terlentang malah menyukarkan pergerakan? Lebih sukar lagi, kesakitan anda itu seakan-akan tidak berkesudahan meskipun sudah berjumpa ramai doktor dan memakan pelbagai jenis ubat.

Sekiranya kesakitan yang anda alami itu berlarutan melebihi enam bulan dan doktor yang merawat pula tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit anda, kemungkinan besar anda mengalami penyakit yang dikenali sebagai kesakitan kronik.

Kebiasaannya pesakit akan menunggu sehingga betul-betul sakit pada sendi baru lah berjumpa doktor. Jika kesakitan yang anda alami itu berlarutan sehingga 3-6 bulan, segeralah berjumpa doktor. Jangan tunggu hingga bertahun-tahun dan berlakunya sendi kronik. Pesakit perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga suntikan setiap minggu untuk satu rawatan penuh bagi satu-satu sendi. Walaubagaimanapun, kini terdapat produk asid hylarunik yang hanya perlu disuntik sekali sahaja bagi memberikan kesan hampir sama. Bagi mereka yang betul-betul kronik, apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberi bimbingan dan langkah intervensi kepada pesakit agar mereka mampu menyesuaikan kesakitan supaya boleh menjalani rutin harian seperti biasa dengan perasaan yang positif dan gembira.

No comments:

Post a Comment