Penyakit gout dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal seperti pemeriksaan sendi. Dengan itu, pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Manakala, melalui ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa
sebab yang ketara. Keadaan tersebut boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
- Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
- Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
- Kecederaan kepada sendi.
- Minum alkohol berlebihan.
- Selepas pembedahan.

No comments:
Post a Comment