Thursday, 30 April 2015

APAKAH ITU CYPREME

 ASID URIK yang terkumpul akan menyebabkan penyakit seperti: 

CYPREME adalah sejenis cecair yang bersifat alkali dengan bacaan PHnya ialah 7.8 stabil. 
Terdapat 4 bahan utama di dalam CYPREME iaitu:
  1. Air zam-zam
  2. Garam mineral
  3. Amber
  4. Zeolite

    Di dalam badan kita mengadungi asid urik yang berpunca daripada jenis makanan yang diambil terutamanya makanan laut dan makanan process yang mengandungi kandungan asid yang tinggi. Badan yang berasid akan menyebabkan datangnya pelbagai penyakit kerana asid tersebut akan merosakkan organ-organ badan dan menyebabkan ia tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.
Oleh itu, CYPREME akan meneutralkan asid urik di dalam badan kita semua dengan tindakbalas kandungan-kandungan semulajadi CYPREME yang kandungannya adalah 100% herbal dan tiada bahan kimia.




Antara kemungkinan tindakbalas penyembuhan yang dialami selepas meminum CYPREME ini adalah seperti:
  1. Pembuangan najis dan kencingan lebih lawas dari biasa
  2. Berdebar
  3. Letih
  4. Sakit tekak
  5. Sakit sendi
  6. Loya dan demam
Di antara kebaikan-kebaikan CYPREME yang lain ialah:
  1. Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan.
  2. Anti-oksida yang kuat meneutralkan radikal bebas ( free radicals ).
  3. Menyahkan toksik dan meningkat sistem Metabolisma badan.
  4. Membuang asid dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.
  5. Menghalang dan membunuh sel kanser.
  6. Menambah kekuatan zahir dan batin.
  7. Anti -penuaan / awet muda dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
  8. Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan, tenaga dan menguatkkan ingatan.
  9. Melancarkan perjalanan darah.
  10. Mempunyai khasiat dan tenaga untuk menjadikan makanan dan minuman lebih segar.
  11. Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik.
  12. Sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan.

    **Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh terus sms/whatsAap atau col di Nombor 0139583126**

Wednesday, 29 April 2015

CARA MAKAN YANG SIHAT



TIPS


> Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

> Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

> Elakkan makan di tengah malam.

> Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

> Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

> Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan berbanding menggunakan sudu.

> Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.Elakkan daripada minum ais supaya perut tidak mudah buncit.

> Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam.

> Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan.

> Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.

> Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dpt mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

Tuesday, 28 April 2015

CARA MENGEKALKAN KESIHATAN

1) BerSenam Setiap HARI

Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan. Berat badan unggul bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga penting untuk keyakinan diri.

2) Tingkatkan sistem penghadaman 
 
System penghadaman yang kurang baik menyebabkan khasiat makanan tidak dapat diserap untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. Tanda-tanda sistem penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.


3) Selaraskan pH tubuh
 
Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH 7.35-7.45. apabila badan kita menjadi semakin bertoksid, nilai pH tersebut menurun dan menunjukkan keadaan berasid. Kesan sampingan badan berasid adalah keletihan, ingatan lemah, sakit-sakit badan, sukar tidur, sembelit, organ tidak berfungsi dengan baik dan kadar metabolism yang rendah. Lebih buruk lagi, sel-sel kanser lebih mudah membiak dan hidup dalam keadaan badan yang berasid.


4) Banyakkan minum air
 
Fungsi air adalah nenyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Tanda-tanda kekurangan air adalah seperti berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit bahagian belakang, sakit kepala dan sembelit. Kita perlu minum sekurang-kurang 2 liter air sehari bergantung kepada aktiviti, keadaan cuaca, berat badan dan tahap kesihatan kita.


5) Pengurusan stress
 
Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stress begitu sinonim dengan kehidupan sekarang. Stress bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat langsung dalam kehidupan kerana sedikit stress adalah penting untuk mendorong kita melakukan yang terbaik dan juga mengembangkan potensi diri. Namun, pastikan stress berada pada tahap yang terkawal kerana stres yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.


6) Tabiat makan yang baik
 
Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang seperti pepatah Inggeris yang berbunyi “We are what we eat.” Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.


7) Jaga jadual tidur 
 
Tidur yang cukup adalah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood seseorang. Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu.


8) Hubungan intim suami isteri
 
Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang. Rumahtangga yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan spiritual seseorang.


Monday, 27 April 2015

BUAH-BUAHAN YANG DAPAT MENCEGAH PENYAKIT ASAM URAT.

1) SIRSAK (Durian Belanda)


- Buah ini mengandungi Vitamin C yang mampu menangkal asam urat, hipertensi, osteoporosis, meningkatkan daya tahan tubuh, menyembuhkan wasir serta melancarkan sistem pencernaan.











2) BUAH BETIK


- Buah ini adalah buah yang sangat mudah ditemui oleh kita semua dan ternyata ianya sangat bermanfaat untuk mencegah penyakit asam urat. Kandungan yang terdapat di dalam buah ini mampu memecahkan makanan yang mengandungi protein. Hal ini dapat mengelakkan daripada terjadinya penyakit seperti asam urat, tekanan darah tinggi dan kencing manis.



3) STRAWBERRY



- Buah ini  mempunyai banyak khasiat kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Buah ini juga dapat mengelakkan daripada penyakit kanser. oleh itu, kita haruslah memakan buah ini sekurang-kurangnya tiga biji sehari.

Saturday, 25 April 2015

KHASIAT BUAH DELIMA


DELIMA

1) Buah DELIMA mengandungi zat besi, kalsium, folforus, dan vitamin.

- Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani telah menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing.Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2) Mempunyai khasiat ANTI-RADANG.

- Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Malah buasir juga boleh dirawat dengan memakan buah delima ini. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu pada bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3) Mengandungi ANTIOKSIDAN

- Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua kali lebih tinggi daripada anggur merah. Fungsi antioksidan adalah untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung.

4) Menurunkan kadar KOLESTEROL

- Menurut kajian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus.

5) Melindungi HATI dan GINJAL

- Ekstrak buah delima dapat dapat mencegah kerosakan ginjal dan melindungi ginjal daripada racun berbahaya. Di samping itu, delima juga melindungi hati anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.

Thursday, 23 April 2015

TANDA-TANDA PENYAKIT GOUT MENYERANG

Penyakit Gout

1) Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan   pergelangan kaki

2) Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara tiba-tiba bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam




3) Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Wednesday, 22 April 2015

TENTANG CYPREME



APAKAH CYPREME

- Cypreme adalah penawar modem untuk menyembuhkan penyakit Gout dan paras asid urik di dalam badan.

KANDUNGAN CYPREME

- Air zam-zam.
- Zeolite.
- Amber/Getah pokok pine.
- Garam mineral.


KELEBIHAN SETIAP KANDUNGAN CYPREME

1) Air zam-zam
-Air zam-zam adalah air yang terbaik di dunia dan tidak ada sesiapa yang boleh meragui akan kebaikannya, innsya Allah.

2) Zeolite
- Zeolite ini digunakan untuk menghaluskan molekul-molekul cecair Cypreme supaya lebih halus dan ianya cepat untuk proses pemulihan. Di samping itu, Zeolite juga digunakan untuk menarik kuman, toxin dan membuangnya semasa pembuangan air besar/kecil.

3) Amber/Getah pokok pine 
- Seorang saintis masyur yang pernah memenangi hadiah Novel, iaitu Dr Henri Coanda telah mendakwa ada lima tempat di dunia di mana penduduknya merekodkan purata umur terpanjang dan salah satunya ialah suku kaum di Lembah Hunza di Banjaran Karakoram, Pakistan.

Kawasan pergunungan Lembah Hunza banyak dikelilingi pokok Pine Cypress. Namun, apakah hubung kait pokok ini usia panjang Kaum Hunza? Persoalan demi persoalan terus bermain sehinggalah ia berjaya dirungkai saintis Dan ulama islam selama lebih 50 tahun.

Rahsia usia panjang Kaum Hunza sebenarnya datang dari kawasan mereka sendiri. Kaum Hunza mendapat sumber air utama dari telaga dan mata Air Glasier. Akar dari Pokok Pine Cypress dan getah menjalar masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka. Kadangkala ada daun dan buah Pokok Pine Cypress jatuh dan menjadi sebati dalam sumber air utama Kaum Hunza.

Pokok Pine Cypress dikatakan memiliki keupayaan luar biasa berikutan memiliki ciri-ciri Anti Virus, Kuman dan Depresif. Ia dikatakan mampu melegakan kesihatan dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik.


4) Garam Mineral
- Sambungan kepada cerita tentang Kaum Hunza, mereka sebenarnya mengamalkan diet dalam minuman dan perubatan mereka dengan menggabungkan penggunaan air telaga yang bercampur dengan Pine Cypress dan Garam Kristal. Hal ini menjadikan air bertenaga dan hidup.

Malah Dr Coanda (seorang pakar perubatan) pernah menyatakan mineral dan garam adalah elemen penting yang ada di lembah Hunza. Ini adalah rahsia yang tidak pernah didedahkan olehnya kepada khalayak.

Kedua-duanya adalah mukjizat daripada Nabi.


“Nabi Muhammad SAW Pernah Bersabda Dengan Memakan Secubit Garam Akan Dapat Menghindarkan 330 Jenis Penyakit. Islam Sebenarnya Sudah Menemui Teori Perubatan Yang Hebat Tetapi Dimanipulasikan Oleh Barat,”

Tuesday, 21 April 2015

TENTANG GOUT

Orang yang Berisiko Tinggi


Gout biasa dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. selain itu, gout dihidapi oleh mereka yang mengamalkan makanan yang tinggi protein.


Kenapa Gout Sangat Sakit dan Tidak Boleh Diurut?




Gout ini sakit dan tidak boleh diurut disebabkan asid urik yang tajam di dalam badan dan sendi-sendi. Sekiranya diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.

Monday, 20 April 2015

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH


  1. Dapat melarutkan makanan, vitamin serta mineral yang berguna untuk proses pencernaan dalam tubuh manusia.
  2. Bagi anda yang banyak menghabiskan waktu dengan duduk di kursi, air putih menjadi pelumas untuk sendi sehingga mencegah artritis dan nyeri punggung.
  3. Membersihkan racun dari semua bagian tubuh kemudian membawanya ke hati dan ginjal untuk dibuang.
  4. Dapat membantu mengurangi tekanan, rasa cemas, dan depresi yang sedang anda alami.
  5. Menghaluskan dan membantu dalam mengurangi efek penuaan dengan mempercepatkan proses penggantian kulit mati.
  6. Memberikan tenaga kepada otak dalam menjalankan fungsinya sebagai contoh berfikir, menerima respon mata dan memberi arahan pada bagian tubuh lain.
  7. Membantu menlancarkan darah serta mencegah penggumpalan darah ketika beredar ke seluruh bagian tubuh.
  8. Membantu mengurangi mual bagi ibu yang hamil.
  9. Dapat mengurangkan berat badan.
Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari dan selepas itu anda akan dapat merasakan manfaat yang luar biasa.

LANGKAH-LANGKAH AWAL PENCEGAHAN GOUT

1) Mengawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan.
 Hal ini kerana penyakit gout akan lebih cepat dirawat dengan menjaga pemakanan terlebih dahulu. Hal ini bermaksud bukan untuk menyuruh pesakit berpantang tetapi pengambilannya mestilah dikurangkan. sebaliknya menggantikan sumber protein dengan tumbuh-tumbuhan.






2) Mengawal berat badan.
Kegemukan akan menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jadi langkah yang perlu diambil adalah dengan menjaga berat badan anda. Jadi mulalah dengan bersenam dan makan makanan yang dapat mengurangkan berat badan anda.







3) Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas atau satu bir saja sehari. Hal ini kerana alkohol dapat meningkatkan paras asid urik di dalam badan kita.



4) Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Jangan risau dan rasa malas untuk berulang-alik ke tandas kerana itu adalah petanda yang baik untuk badan kita. semakin kerang anda ke tandas, semakin banyak asid urik akan dibuang.



5) Ambil karbohidrat kompleks. 
Mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.


KOMPLIKASI GOUT



Assalamualaikum....
Penyakit ini adalah jenis penyakit yang amat membimbangkan kita. sekiranya ianya menyerang, amat susah untuk disembuhkan. Di antara komplikasi gout ini adalah:

- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes

Oleh itu, disebabkan penyakit gout ini akan timbulnya lagi pelbagai penyakit yang lain.
pesakit yang menghidap penyakit ini jangan lah hanya memandang remeh terhadap penyakit ini. Ambillah langkah-langkah yang disyorkan agar dapat dielakkan daripada ianya bertambah parah.

Thursday, 16 April 2015

MAKANAN ATAU AMALAN YANG PERLU DIAMALKAN UNTUK PESAKIT GOUT



1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. 
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung fullcream (bukan anelene, HL atau low fat).
6. Minyak zaitun dan diamalkan satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran yang terpilih.
15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari ataupun minyak zaitun.
17. Sekiranya dapat makan 5 biji melada pahit sehari juga disarankan.

PENGURUSAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT



Sekiranya anda menghidapi penyakit yang dinamakan gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari.
Makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan dalam pengurusan penyakit gout iaitu :

  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.


KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)

Makanan perlu dielak
Makanan diambil secara sederhana
Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin

Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran

Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Kebanyakan sayuran
Makanan Berprotein
Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak


Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup
Ekstrak daging
Sup daging
Sup sayur
Lain-lain
Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)

Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.