Saturday, 9 May 2015
MENGENALI GOUT
GOUT terjadi kerana terhasilnya asid urik secara berlebihan. Asid urik terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Apabila buah pingang atau asid dalam badan yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dan membuatnya menjadi bengkak. Di samping itu juga, kita harus ingat gout juga mungkin terjadi disebabkan penyakit yang lain juga.
GOUT terkenal sebagai penyakit yang diwarisi tetapi boleh juga disebabkan oleh amalan makanan yang tidak sihat seperti minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan sesetengah makanan yang merangsang asid urik berlebihan seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.
GOUT bermula dengan sendi kaki seperti ibu jari, yang menyebabkan rasa sakit, membengkak, merah dan rasa panas. Simpton gout boleh terjadi dalam masa yang pantas seperti dalam masa sehari dan akan berhenti selepas itu. Tetapi akan menyerang lagi beberapa bulan yang berikutnya.
JANGAN biarkan ia tidak dirawat kerana akan berlaku kesan kepada anggota yang lain seperti kerosakan sendi dan lumpuh dan juga penyakit yang lain.
Antara GOLONGAN yang berisiko untuk menghidap GOUT:-
> Mereka yang berusi 30-an ke atas tetapi boleh juga terjadi kepada golongan yang lebih muda disebabkan amalan pemakanan kita seharian.
> Memiliki sejarah keluarga yang memiliki gout.
> Mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
> Wanita putus HAID.
**Untuk keterangan lanjut berkenaan penyakit akibat asid urik yang berlebihan sebagai contoh GOUT, boleh terus SMS/WHATSAPP/COL di talian .......013-9583126......**
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment