1) Ulser
- Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini
merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya
diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak
selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak
mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk.
Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser.
2) Masalah Jantung
– Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan
denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah
orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil
minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan
kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.
3) Ketagih
- Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu
berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami
simptom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simptom
ini biasanya dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang
dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh
semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan
penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami
rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu,
mengantuk dan sakit kepala.
Bagi membuang tabiat ketagihan
kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan
pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus
buah-buahan dalam sajian harian anda.

No comments:
Post a Comment