Monday, 11 May 2015
KHASIAT TOMATO
1) Mengawal Berat Badan
- Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Tomato menagndungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Jadikan tomato sebagai snack ketika lapar.
2) Membantu Masalah Susah Tidur
- Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.
3) Mengurang Kerosakan Kulit
- Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.
4) Membantu Penglihatan Mata
- Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
5) Merawat Batu Karang
- Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment