Thursday, 28 May 2015

KHASIAT ROSELLE


 1) ANTI PENUAAN
    - Roselle mempunyai vitamin C yang tinggi dan berserat yang berfungsi untuk melmabatkan proses penuaan dan mengelakkan daripada mendapat penyakit kronik.

2) MENCERGASKAN MINDA

3) PENCEGAHAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR
    - Sakit jantung adalah penyakit yang membunuh nombor satu di dunia. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar kolesterol jahat akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. pengamalan ROSELLE akan membantu mencegah ketebalan kolesterol jahat di arteri dan seterusnya mampu mengelakkan daripada penyakit darah tinggi.

4) PENCEGAH KANSER
    - Kanser terjadi kebanyakan oleh pemakan,minuman dan pencemaran udara. Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam ROSELLE mampu bertindak sebagai antioksidan dan mencegah daripada penyakit kanser.

5) DIABETES
    - Halwa ROSELLE amat baik untuk menstabilkan kandungan gula untuk penyakit diabetes.






Tuesday, 12 May 2015

KESAN PENGAMBILAN KAFEIN

1) Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser.

2) Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

3) Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simptom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simptom ini biasanya dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.

Monday, 11 May 2015

KHASIAT TOMATO


1) Mengawal Berat Badan

- Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Tomato menagndungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Jadikan tomato sebagai snack ketika lapar.

2) Membantu Masalah Susah Tidur

- Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

3) Mengurang Kerosakan Kulit

- Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.

4) Membantu Penglihatan Mata

- Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

5) Merawat Batu Karang

-  Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.
 

Sunday, 10 May 2015

KHASIAT SAYURAN HIJAU



> Dalam sayuran hijau, terdapat vitamin yang bekerja sebagai antioksidan dengan cara mengikat lalu menghancurkan radikal bebas, dan mampu melindungi tubuh dari reaksi oksidatif yang menghasilkan racun di tubuh.

> Sayuran sebagai sumber serat yang bebas lemak dan sesuai untuk penggemar diet.

> Semua sayuran hijau mengandungi kalori kurang dari 25 per porsi, jika dimakan tanpa tambahan makanan lain. 

> Sayuran kaya dengan betakaroten, alfakaroten, dan lutein. Jika di dalam tubuh terdapat benih kanser, maka benih tersebut akan memilih sel lemah, sehingga sel tersebut mudah dilumpuhkan. 

> Beberapa jenis sayuran hijau seperti sawi, bayam, dan brokoli mengandung kalsium yang diperlukan untuk membangun tulang yang kokoh. Makan sayur bisa mengurangi risiko menderita patah tulang, sekaligus membantu pertumbuhan gigi yang sehat dan kuat

> Serat kasar yang ada dalam sayuran tidak boleh terurai oleh sistem pencernaan kita. Dia akan menyerap zat buangan dan membantu gerakan peristaltik usus untuk mendorong sisa makanan ke luar tubuh.

> Selain konsentrasi lemak dalam darah bisa tetap terjaga, sayuran hijau menjaga kita terhindar dari berbagai penyakit akibat gangguan pada pembuluh darah, seperti hipertensi, diabetes, stroke, jantung koroner, dan katarak.


Saturday, 9 May 2015

MENGENALI GOUT



GOUT terjadi kerana terhasilnya asid urik secara berlebihan. Asid urik terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Apabila buah pingang atau asid dalam badan yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dan membuatnya menjadi bengkak. Di samping itu juga, kita harus ingat gout juga mungkin terjadi disebabkan penyakit yang lain juga.





GOUT terkenal sebagai penyakit yang diwarisi tetapi boleh juga disebabkan oleh amalan makanan yang tidak sihat seperti minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan sesetengah makanan yang merangsang asid urik berlebihan seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.






GOUT bermula dengan sendi kaki seperti ibu jari, yang menyebabkan rasa sakit, membengkak, merah dan rasa panas. Simpton gout boleh terjadi dalam masa yang pantas seperti dalam masa sehari dan akan berhenti selepas itu. Tetapi akan menyerang lagi beberapa bulan yang berikutnya.







JANGAN
biarkan ia tidak dirawat kerana akan berlaku kesan kepada anggota yang lain seperti kerosakan sendi dan lumpuh dan juga penyakit yang lain. 


Antara GOLONGAN yang berisiko untuk menghidap GOUT:-
> Mereka yang berusi 30-an ke atas tetapi boleh juga terjadi kepada golongan yang lebih muda disebabkan amalan pemakanan kita seharian.
> Memiliki sejarah keluarga yang memiliki gout.
> Mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
> Wanita putus HAID.


**Untuk keterangan lanjut berkenaan penyakit akibat asid urik yang berlebihan sebagai contoh GOUT, boleh terus SMS/WHATSAPP/COL di talian .......013-9583126......**

Thursday, 7 May 2015

TANDA-TANDA PENYAKIT RESDUNG



PETANDA
  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

Wednesday, 6 May 2015

GEJALA ASAM URAT

> GOUT merupakan penyakit akibat ketidaknormalan metabolism asam urat, sehingga asam urat dalam jaringan dan darah berlebihan.

> Akibat dari tingginya asam urat dapat menimbulkan berbagai macam penyakit. sebagai contoh radang sendi akut dan kronis, batu ginjal dan timbulnya tophi dipermukaan kulit.




> Radang sendi akibat asam urat menyebabkan serangan mendadak seperti nyeri dan panas,sendi merah,bengkak terutama di ibu kaki.

> Asam urat dihasilkan dari metabolisme yang kita makan dan jaringan tubuh yang rosak selama dalam proses pembentukana sel baru yang normal.

> Tanpa rawatan, serangan pertama dapat berhenti secara spontan setelah satu atau dua minggu. Tetapi akan kembali menyerang lagi dan mungkin akan lebih bahaya kerana merabak ke anggota yang lain.

**Sebarang keraguan/pertanyaan lanjut boleh hubungi ni nombor.. 0139583126..=)